PORTAL RASMI KOOPBPM
( Koperasi Kakitangan Bank Pertanian )
 
ALAMAT :
17-3-1, TINGKAT 3, BLOK A,
JALAN SEMARAK API 1, DIAMOND SQUARE, COMERCIAL CENTRE,
OFF JALAN GOMBAK,
50746 KUALA LUMPUR.
 
 

 
QR CODE
 

 
PAGEVIEWS
 
TUJUAN WAKAF
 
Melaksanakan Tanggungjawab  untuk memudahkan ahli-ahli dan orang ramai membuat wakaf tunai untuk Al-Quran melalui KOPERASI MUSLIMIN  (kutipan secara telus )
Memberi makluman mengenai perlaksanaan Skim Wakaf Tunai oleh YWM yang dijenamakan sebagai ‘Wakaf Tunai Malaysia’.
Mengemukakan cadangan kutipan dan promosi Wakaf Tunai Malaysia kepada peserta.

 

Kembali


OBJEKTIF & PENGERTIAN WAKAF
 
OBJEKTIF SKIM WAKAF TUNAI
Membekal Al-Quran sebanyak 250,000 naskah untuk di agihkan kepada pusat tahfiz, masjid, surau dan pusat-pusat penjagaan anak-anak yatim, pelajar-pelajar di luar Negara, dan Negara-Negara Islam yang miskin.
Mengumpul dan menyatukan dana serta menggembeleng sumber-sumber wakaf yang berpotensi di dalam dan luar negara agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.
Membangun dan memajukan aset wakaf di Malaysia melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal aset wakaf di Malaysia.
Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf.
Menyempurnakan amanah pewakaf .
 
PENGERTIAN WAKAF
Terjemahan

-

Wakaf berasal dari perkataan Arab : waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

-

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.
Pengertian Kontemporari

-

Wakaf ialah penahanan harta, baik mu’abbad (bersifat kekal) atau mu’aqqat (bersifat tidak kekal) untuk dimanfaatkan harta tersebut mahupun hasilnya, secara berulang-ulang, bagi tujuan kebajikan amal jariah (Dr. Monzer Khaf, cendekiawan Islam terkenal dalam bidang wakaf).

-

Dalam era moden, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan/dinikmati oleh masyarakat boleh diperolehi daripada berbagai sumber dan bentuk harta.

-

Harta-harta yang boleh dimanfaatkan secara berulang kali termasuk harta intelek, surat-surat berharga dan wang tunai.

 

Kembali


RUKUN-RUKUN WAKAF
 
Pewakaf (al-waqif)
Harta yang diwakafkan (al- mawquf)
Penerima manfaat wakaf (al-mawquf ‘alaih)
Lafaz Akad (al-sighah)
 
WAKAF TUNAI
Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukar kepada harta kekal.
Harta kekal ini akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat secara berulang kali/berterusan.

 

Kembali


FATWA KEBANGSAAN, HIKMAH & KESIMPULAN
 

FATWA KEBANGSAAN

 
WAKAF WANG TUNAI (WAKAF TUNAI SEBAGAI INSTRUMEN UTAMA MENGUMPUL DANA WAKAF)
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
Berwakaf dengan memberi wang tunai kepada nazir atau entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti berkaitan wakaf
 
HIKMAH WAKAF
“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi maha mengetahui”

Surah Al-Baqarah: Ayat 261
 
"Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah ( harta yang diwakafkan ), Ilmu yang dimanafaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakan."

Hadith Riwayat Muslimin
 

KESIMPULAN
Berwakaf mengikut kemampuan.
Berwakaf bagi pihak orang lain seperti ibu/bapa  yang telah meninggal dunia.
Selain daripada menyumbang ke arah  peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat  Islam, ganjaran pahala yang berterusan selagi  harta wakaf hasil daripada amaun yang diwakaf  dimanfaatkan.

 


BORANG WAKAF
 
Powered by EMF Free Form Builder

 

Kembali

 
External Links
 
 
 
  
 
 
© 2014 E Wakaf. All Right Reserved.