|
PORTAL RASMI KOOPBPM ( Koperasi Kakitangan Bank Pertanian )
ALAMAT :
17-3-1, TINGKAT 3, BLOK A, JALAN SEMARAK API 1, DIAMOND SQUARE, COMERCIAL CENTRE, OFF JALAN GOMBAK, 50746 KUALA LUMPUR.
|
|
|
OBJEKTIF & PENGERTIAN WAKAF |
PENGERTIAN WAKAF |
|
Terjemahan |
- |
Wakaf berasal dari perkataan Arab : waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan. |
- |
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T. |
|
Pengertian Kontemporari |
- |
Wakaf ialah penahanan harta, baik mu’abbad (bersifat kekal) atau mu’aqqat (bersifat tidak kekal) untuk dimanfaatkan harta tersebut mahupun hasilnya, secara berulang-ulang, bagi tujuan kebajikan amal jariah (Dr. Monzer Khaf, cendekiawan Islam terkenal dalam bidang wakaf). |
- |
Dalam era moden, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan/dinikmati oleh masyarakat boleh diperolehi daripada berbagai sumber dan bentuk harta. |
- |
Harta-harta yang boleh dimanfaatkan secara berulang kali termasuk harta intelek, surat-surat berharga dan wang tunai. |
|
RUKUN-RUKUN WAKAF |
WAKAF TUNAI |
|
Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukar kepada harta kekal. |
|
Harta kekal ini akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat secara berulang kali/berterusan.
|
|
FATWA KEBANGSAAN, HIKMAH & KESIMPULAN |
FATWA KEBANGSAAN |
|
WAKAF WANG TUNAI (WAKAF TUNAI SEBAGAI INSTRUMEN UTAMA MENGUMPUL DANA WAKAF) |
|
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. |
|
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu) |
|
Berwakaf dengan memberi wang tunai kepada nazir atau entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti berkaitan wakaf |
HIKMAH WAKAF |
“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi maha mengetahui”
Surah Al-Baqarah: Ayat 261
|
"Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah ( harta yang diwakafkan ), Ilmu yang dimanafaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakan."
Hadith Riwayat Muslimin
| |
|
|